Friday 10 August 2012

Sirru Fi Ssamaa'




Angry Birds~
salah satu game yang paling 'legend' antara semua game - game apps Apple
yang dimain oleh aku sehinggalah doktor perubatan seperti Dr *****
semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya -tanya?

Kenapa?
Apa yang best sangat dengan game ni??
cam simple je.
game berkaitan burung- burung yang marah kepada babi babi yang berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita..
jawapannya sebab ..
Angry Birds~
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip- prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiah

1)Jihad dan Tadhiyyah( Pengorbanan)

antara  ciri yang paling power pasalAngry Birds ni, sebab buung- buung yang marah tu semuanya sanggup bekoban..
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka, iaitu mengapuskan babi-babi hijau yang suka tesengih jika masih hidup di akhir pemainan .mungkin yang merah, biru , hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri..
tapi bagaimana dengan yang putih dan hitam?
yang hitam sanggup meletupkan diri sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. menghantar anaknya yang masih dalm telur ke medan jihad. segala galanya untuk mecapai satu matlamat .. menjatuhkan tembok tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi babi hijau itu selama-lamanya.. terutama ketua mereka yang memakai gold crown tuh..


" Sesungguhnya Allah membeli dari oang orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.."
(At  -Taubah 9:110)


2)Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok tembok jahiliyah yang begitu kukuh , burung burung yang marah itu tidak bertindak berseorangan , malahn mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak berseorangan, makn mereka bersatu , bersatu tenaga mereka, betindak secara bejemaah untuk meuntuhkan tembok tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (Oraganisasi) yang tersusun

adakah diorang langgar je sape yang serang dulu?
tidak..
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza.. setiap burung mempunyai isti'ab(penguasaan) yang berbeza.. jadi diorang susun .. sape pegi dulu, lepas tu sape pegi dulu..kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tesusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah( berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pegi kemudian?
diorang susun dengan menilai.. bagaimanakah cara yang paling muntij  dan cepat untuk  meruntuhkan tembok jahiliyah itu.. maka setiap orang yang mampunyai isti'ab yang berbeza, berfokus  kepada kelebihannya ..yang reti potong kayu pergi serang kayu.. yang boleh  hancurkan batu.. pegi serang batu.. dan menjadi tanggunjawab kita pula, sebagai qiyadah ( lead)  dorang untuk detect , apakh kelemahan musuh kita.. dan dengan segala kekuatan serat isti'ab jindi ( tentera) yang berbeza beza .. bagaimanakah kita ingin meyusun strategi .. untuk mengalahkan babi babi hijau tadi dengan tenaga yang paling skit.. dan masa yang paling cepat..


5) Taat.

dan sebagai qiyadah ( pemimpin)
perkara yang paling menyenangkan hati kita .. dan meneruskan semangat kita untuk berjuang.. adalah kalau kita suruh burung burung marah itu menyerang ke atas.. maka dia akan keatas .. dan kalau ke kanan.. maka dia akan pergi ke kanan..

pasti tidak ada orang yang nak main dan selama lamanya babi babi hijau itu akan gelak terkekeh- kekeh(<---- betul ke eja)
jiak qiyadah suruh serang ke kanan.. dia pegi melayang ke atas..:(

6) Ukhuwah

lastly~
kene faham..
bahawa ukhuwah burung burung  yang marah itu sangat kuat
itulah tersa dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara saudara mereka
kerana sesungguhnya burung burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam besaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakn penderitaan nya
dan kita  akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampk di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalh berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhuwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam..

mood: tgh bergembira + rajin..;)

2 comments: